Wednesday, 6 August 2014

Solemnization

Alhamdulillah..

Majlis pernikahan aku telah selamat berjalan dengan lancar pada 14 Jun 2014 (14.6.14). Memang sengaja pilih tarikh tu kononnya nk tarikh chantekk baq hang..hehe

Majlis yang sederhana, dihadiri oleh kaum keluarga, sanak saudara dan jiran tetangga. Majlis akad nikah dijalankan di Masjid Bandar Baru Ampang, actually depan rumah je masjid ni, jalan kaki pun boleh.. Tapi takkan pengantin nak jalan kaki pakai heels 4 inch kan? Oh I don't think so~ Luckily ada my bff, Niza and Miza temankan aku sepanjang majlis tu.. Thanks uolls! Love u mucho mucho!


Nah here is the masjid. Sumber http://www.panoramio.com


On my solemnization, Abang Ngah yang jadi wali and tok kadi (sangat muda ok, around 30++ years old) and also saksi menjadi pendengar dan pemerhati setia semasa akad dibacakan. Dengan sekali lafaz aku sah menjadi isteri kepada Muhammad Amin Bin Mansor lebih kurang jam 11.47 a.m. (Awat tak ingat nak amik timing 14:06:14 p.m? haha) Alhamdulillah...

 The hantarans from my husband 

 Sebelum sesi akad nikah

Alhamdulillah


 Lafaz Khuluq'

 Penyerahan mas kahwin

Lepas majlis akad nikah selesai di masjid, kami snap picture sikit kat masjid n gerak ke Pangsapuri Seri Nilam untuk jamuan makan ringkas. My official photographer on my special day is Rozaimi Maula Photography...

Baju sama warna dengan cat masjid.. pfftt

One of the thing yang menarik minat aku adalah zaman moden ni masih ada lagi yang gotong royong untuk masak memasak, hias menghias, kemas mengemas..like seriously! Mana kau nak cari kat KL ni dik oii... Memang ramai saudara-mara and jiran tetangga duk tolong masak and bungkus-bungkus goodies sejak malam sebelum akad nikah lagi.. Terharu uollss..

Thank you Allah, Kau permudahkan urusan hambamu ini mendirikan rumah tangga.. Dengan perkahwinan ini kami telah melengkapkan separuh daripada agama. Ahlhamdulillah Alhamdulillah thank you Allah.



-with love-
sfma


No comments:

Post a Comment