Ada apa dengan 18 November 2012? Itu adalah hari penat dan paksa diri.haha.. Tengahari tu pergi wedding kawan masa sekolah dulu kat Dewan Dato' Ahmad Razali. Buat aku terfikir, cepatnya diorang ni kumpul duit untuk kahwin.. sigh (aku bila lagi?haha gedz)
Cuaca time tu pulak tak berapa nak elok, iyalah asyik hujan je bulan November ni sebab tu Gun n Roses nyanyi lagu "November Rain"..hahah mengarot!
Baru berapa minit kereta gerak, Nellysa dah mula lalok kena godaan aircond! Beberapa minit ok coz dewan tu dalam 2km je pun dari rumah. Ngantuk sangat la tu~
Yang jadi masalahnya kat dewan tu adalah tempat parking dia yang limit dan kawasan yang sempit. Aku yang drive wira panjang, tanpa sensor, dan manual ni amatlah cuak untuk park dalam keadaan sempit dan hujan tu..huhu..Tapi nasib baik sebab pakcik RELA sedia membantu aku yang memerlukan pertolongan ni. :)
Sesampainya kat wedding tu cari mak pengantin salam-salam (klise) and beratur ambil nasi sambil mata meliar tengok dewan, decoration, tempat duduk, and catering apa depa tempah..
Wedding cake..aku suh kakak je ambil gambar ni.hehe
Pelamin dia..Ni pun aku suruh kakak snap..Nice~
So far Seri Payung Catering masih menjadi pilihan sebab makanan dia sedap-sedap.. Aku tertarik kat ayam masak merah dia yang guna ayam panggang blackpepper yang bagi aku cukup yummy..hehe (berangan nak guna khidmat Seri Payung untuk wedding aku nanti..wee)
Sempat sajo ko posing ye kakak?
Yeah da nak balik..pasni nak main pulak..yuhuuu
Selesai sudah wedding tu, budak2 sibuk nak main permainan kat Carrefour Ampang, so aku pun menuju ke sana dengan rasa malas-malas ayam..haha.. So lucky baru je sampai, terus ada kereta nak keluar parking. hehe...Alhamdulillah..rezeki korang la budak-budak...
Budak-budak dah excited nak main takde diorang peduli aku yang dah sendat perut nak berjalan ni..and akhirnya...
Amekaw siap posing dengan angkuhya Nellysa ni...
Owh im sooo happyyy..thank you angah (mugkin tu yang sedang dirasakan.haha)
Si Farisha pun tak mau kalah dengan adik dia, nak posing jugak tu..huhu
Seronok yang tak terhingga sampai duk berbaring camtu..(member sebelah tu tengok, pehal ko ni?over!)
Aku tinggalkan budak-budak tu melepaskan gian main permainan diorang tu dengan Acu diorang. Aku dengan mama masuk Carrefour jalan-jalan cari barang. Bila dah nak selesai beli barang tu barula muka dua beradik ni muncul..dah puas main la agaknya tu..Tapi satu hal plak lagi budak-budak ni...
Kakak merajuk tak dapat tolak trolley barang..Berebut dengan adik..hehe..Terpaksa aku dukung budak ni kononnya nak memujuk. Last-last sakit badan dukung budak 6 tahun ni..huhu
Tak cukup dengan tu, aku bawak pulak diorang pergi Bukit Belacan a.k.a Hutan Lipur Ampang. Jalan dia Nauzubillah teruk betul lubang sana lubang sini, pecah sana pecah sini..Rasanya 3 4 bulan lepas aku pergi macam tu jugak jalan dia. Takda siapa nak baiki ke? Adoy~ Budak-budak tengok air sungai apa lagi tak senang duduk la..Mula-mula duk tepi tebing je main pasir, lepas tu lipat seluar jeans masuk kaki sikit, lepas tu "wan, kakak nak mandi la.boleh la boleh la boleh la..."(ayat memujuk) haha pandai-pandai~
Ni masa scene monyet baling kulit durian dari atas pokok. Kelam kabut diorang lari..haha
Aku bagi diorang masa setengah jam je mandi coz dah nak maghrib dah time tu..Diorang pun duk ala ala nak mengelat. Sorry, tak layan..hehe..Lepas pada tu, aku pikir nak bawak diorang jalan-jalan pusing KL pulak kononnya sebab diorang mesti boring duk rumah kan...Mama pun on je..hehe
Dari Ampang - KLCC - Masjid India -KLCC - Kampung Pandan - Ampang
Tido pulak budak ni..orang nak bawak dia round-round KL..haih
And last sekali balik je la dah budak-budak tu pun tido..sedar-sedar je dah sampai rumah. Apela tak syok betul.. Next aku dengan agenda aku sendiri, iaitu...
Testing selendang yang aku beli kat Carrefour tadi. haha..
The end...
-With Love-
sfma













No comments:
Post a Comment