Monday, 26 March 2012

The Vow

Semalam lepas balik keje terus pergi ke Wangsa Walk Mall (tempat feveret) untuk tengok wayang. Movie pilihan adalah The Vow lakonan Rachel McAdams dan Channing Tatum. Guna tiket yang beli dari Groupon hari tu.huhu.. Bagi peminat cerita romantik, memang nangis la kalau tengok. Habis basah lengan baju MAM buat kesat air mata.haha..


Movie ini hanya untuk tontonan peminat cerita romantik ye.. Kalau anda tak minat, xpayah tengok sebab nanti korang akan menguap-nguap ataupun tertido..huhu..
Basically saya suka jalan cerita The Vow sebab kena dengan jiwa saya yang lembut-lembut ni.wahwah.. Cara dia relatekan setiap apa yang berlaku memang kena. Setiap apa yang berlaku mesti ada sebab kan? So tak ada la macam tergantung cerita tu. Dialog yang digunakan memang menusuk jiwa (serius), ditambah lagi dengan panorama yang cantik. Movie ni based on real story tau.. Saya bagi 7/10 untuk The Vow.





Sinopsis detail : 




Kisah ini dimulakan dengan pasangan suami isteri iaitu Leo (Channing Tatum) dan Paige (Rachel McAdams) yang ingin pulang selepas makan malam dalam cuaca salji tebal. Dalam perjalanan pulang, kereta yang mereka naiki telah dilanggar oleh sebuah lori dari belakang menyebabkan Paige tercampak ke cermin hadapan kereta hadapan (tak pakai seat belt). Itulah penyebab Paige hilang ingatan.

Then bermula la episod sedih Leo bila melihat isteri yang dicintainya koma. Namun sebaik sahaja paige sedar, apa yang lebih menyedihkan Leo adalah apabila Paige tidak lagi mengenali dirinya. Dalam ingatan Paige hanyalah memori zaman remajanya iaitu sebelum dia berkahwin dengan Leo. Paige pun macam percaya tak percaya je yang Leo tu adalah suami dia, sedangkan dalam ingatan dia, yang ada hanyalah dia akan belajar di Law School dan sedang engaged dengan Jeremy. Dalam keadaan Paige yang hilang ingatan, muncul pula keluarga Paige yang dah lama dia tak hubungi. Diorang cuba untuk bawa Paige balik dan jauh dari Leo sebab diorang tak sukakan Leo yang nampak low class dan nak Paige tinggal bersama diorang. Leo cuba memujuk Paige untuk tinggal bersamanya kerana mereka suami isteri dan setelah mendengar voicemail dari Paige yang ditujukan kepada Leo sehari sebelum mereka kemalangan. Paige yang ingin mencari identiti sendiri pun membuat keputusan untuk pulang bersama Leo ke apartment mereka.

Di apartment mereka, Paige memang rasa janggal bila duduk serumah dengan lelaki asing bagi dia. Macam-macam Leo cuba buat untuk kembalikan ingatan Paige. Walaubagaimanapun, satu yang menjadi masalah ialah apa yang diingati Paige adalah dia adalah ex-fiancee Jeremy. Paige yang masih keliru dengan apa yang berlaku cuba untuk merapati kembali Jeremy. Leo yang takut kehilangan Paige mula mencuba untuk menawan kembali hati Paige. Pelbagai halangan terpaksa ditempuh Leo iaitu halangan dari keluarga Paige, ugutan dari Jeremy, masalah perniagaan studionya yang kian merudum, dan juga masalah ingatan Paige yang masih tidak menunjukkan kesan positif. Sehingga satu masa Leo kelihatan give-up setelah Paige mengakui dia tidak dapat menerima Leo kerana tidak sanggup melihat Leo kecewa.

Leo pergi meninggalkan Paige untuk meneruskan kehidupannya. Paige yang tinggal bersama keluarganya mula menyedari apa yang dirahsiakan oleh keluarganya yang menyebabkan dia lari dari rumah meninggalkan mereka. Paige yang kecewa telah membuat keputusan untuk berpindah ke apartment sendiri dan mula mencari identiti diri. Dia berhenti dari Law School setelah menyedari minatnya bukan pada law tetapi ukiran sculpture iaitu kerja yang dilakukannya sewaktu bersama Leo.

Masa terus berlalu, sehingga akhirnya Paige membuat keputusan untuk pergi ke cafe yang menjadi tempat dia dan Leo selalu bertemu berdasarkan bukti-bukti yang Leo pernah kemukakan dahulu. Dengan suasana salji turun bagai mengimbas kembali saat bahagia mereka sebelum kemalangan berlaku. Leo yang memang selalu ke cafe itu tidak menyangka akan bertemu Paige disitu. Paige yang masih tidak dapat mengingati memorinya bersama Leo bagai memberi peluang kepada Leo untuk menawan kembali hatinya... 






With love,
-SFMA-


No comments:

Post a Comment